VTL Darat: 1,440 individu dari Singapura dijangka memasuki Larkin Sentral esok

j

by Kivi

}

12.05.2021



1,440 individu dari Singapura dijangka memasuki Larkin Sentral, Johor Bahru, Johor, esok, menerusi Laluan Perjalanan Vaskinasi (VTL) Darat, bermula pukul 9.20 pagi.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd Helmi Mohd Affendi berkata, ketibaan setiap bas dari Singapura akan mengambil masa kira-kira 15 hingga 30 minit dengan had 45 orang bagi setiap bas.

Pelepasan bas dari republik itu melibatkan 32 perjalanan dan akan beroperasi selama 12 jam, sehari.

Beliau turut memaklumkan jualan tiket Singapura ke Malaysia
bagi minggu pertama VTL telah habis terjual.

Penumpang dinasihatkan tiba sejam awal daripada waktu perlepasan, selain melakukan pemeriksaan dokumen 30 minit awal.

Menurut beliau, pihaknya bersedia menerima peningkatan penumpang, sekiranya kerajaan kedua-dua negara bersetuju menambah kuota penumpang bas bagi minggu seterusnya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan VTL di Larkin Sentral, Johor Bahru.

source

Kiviac.com is reader-supported. When you buy through links on our site, we may earn an affiliate commission.

Featured Articles

FOLLOW US

Comments

0 Comments

Related Posts