SBST Johor Bahru, bakal beroperasi seawal Mac depan

j

by Kivi

}

02.24.2022



Perkhidmatan MyBAS menerusi program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) Johor Bahru bakal beroperasi seawal Mac depan. Pelaksanaanya melibatkan 19 laluan di lima koridor, iaitu Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah dan Pontian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, SBST Johor Bahru meliputi jajaran sejauh 1,052 kilometer, dengan sasaran 6.4 juta penumpang setahun.

128 bas, iaitu 104 bas panjang, 16 bas mini dan lapan bas elektrik digunakan. MyBAS akan mengurangkan kesesakan di pusat bandar semasa waktu puncak, selain mengurangkan pencemaran.

source

Kiviac.com is reader-supported. When you buy through links on our site, we may earn an affiliate commission.

Featured Articles

FOLLOW US

Comments

0 Comments

Related Posts