Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mengagihkan 30 bot jenis Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Perkasa bernilai RM46.5 juta yang diterimanya mengikut keperluan tugas dan operasi di setiap negeri.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, sehingga kini 27 bot baharu berukuran 12 meter panjang itu sudah diterima dan akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha memperkasa penguatkuasaan di perairan negara.
Beliau berkata, 27 daripada 30 bot itu akan diagihkan kepada Maritim Semenanjung Malaysia termasuk tujuh bagi Johor, enam bagi Kedah dan Perlis, tiga untuk Perak serta masing-masing dua bagi Melaka dan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu, selain satu untuk Kelantan.
Beliau berkata ketika sidang media sempena penyerahan RHFB Kelas Perkasa kepada Maritim Malaysia di Berjaya Waterfront Hotel
————————————————————————-
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
▪️ Telegram https://t.me/hmetro
▪️ FB http://www.facebook.com/harianmetro
▪️ Twitter http://www.twitter.com/hmetromy
▪️ Instagram http://www.instagram.com/hmetromy
▪️ TikTok http://www.tiktok.com/@hmetromy
source





0 Comments